Aku tak sangka tup-tup dah msuk 6 bulan kasih sayang dan cinta kami bersemai. Semakin hari semakin mekar kasih sayang kami. Aku sayang dia sangat-sangat.Sungguh aku tak tipu.Kejap je bie kan.hehehe.love u! Walaupun aku hepi tapi sebenarnya aku sedih sangat coz aku tak boleh jadi kekasih hati yang terbaik untuk diri dia. Banyak kekurangan pada diri aku dan yang wat aku terharu coz dia still terima aku seadanya.Thanks my dear. Aku tahu hati dia pun sedih sebenarnya. Walaupun dia tak bagitau aku, aku boleh tau isi hati dia. Aku tahu dia teringin nak kekasih hati dia berada di sisi dia tiap kali dia rindu. Tapi aku x boleh dan perkara nie membuatkan aku rasa sedih sangat. Aku tak boleh jadi macam mana kekasih hati member2 dia yang lain yang sentiasa berada di samping orang tersayang. Sungguh aku nak sangat berada dengan dia bila mana dia outing, bila mana dia attend mana2 event, aku nak sangat bersama dengan dia seperti mana gf member2 dia yang lain tapi aku tak boleh. Jarak yang jauh membuatkan aku terpaksa bersabar untuk sentiasa bersama dia. Maafkan yunk bie, sungguh bukan yunk x nak bersama bie, tapi...Ikutkan hati, aku nak bersama dengan dia setiap masa tapi sekali lagi, jarak menjadikan kami jauh.Maaf ye bie...
Pada suatu hari, tiba2 aku terdetik nak hantar msg minta maaf kat dia, x tahu kenapa...
"aku : bie2...yunk minta maaf",
"dia : minta maaf?" dia reply msg aku dengan tanda soal, pelik agaknya.huhuhu
"aku : yunk x leh slalu jumpa bie, mcm gf2 member bie yang lain =(("
"dia : alolo...jangan lar nangis, hari sabtu nie kita p gua tempurung ea", si dia cuba memujuk aku.
"aku : bie mesti sedih, time leh outing, x de orang yang bie sayang teman bie.Orang lain ada.Yunk minta maaf", aku reply msg dia dengan meminta maaf lagi walaupun aku tahu dia try pujuk aku x nak sedih.
"dia: x pe...hukhukhuk", bie sorry! ='(
"aku : Yunk minta maaf.bie sabar yer,biar kita jauh secara fizikal tapi demi Allah,bie tetap di dekat di hati yunk.Yunk x tipu bie", kali nie air mata aku terus mengalir.aku x tahu kenapa hati aku tersentuh sangat.Sungguh, aku x tipu dia,nama dia sentiasa bersama aku.Setiap kali solat akan ku sebut nama dia.Aku x tau macam mana lagi untuk aku hilangkan rasa rindu ini. Macam nak pecah dada aku untuk tanggung rindu pada si dia.Hanya dengan menadah tangan pada Allah,aku ceritakan semua,aku luahkan semua kepada Penjagaku yang Hakiki.Dengan itu, rasa rindu di hati ini sedikit terubat.Terima kasih Ya Allah.
"dia : ea2, janji dah kawin,yunk kena ganti balik," dia cuba hilangkan rasa bersalah aku,kononya nak wat lawak lar tu, nak bg aku senyum.Tapi sebenarnya, msg dia tu buatkan air mata aku lagi kuat mengalir. Sungguh aku tahu dia tersiksa, tapi aku harap sangat2 dia kuat untuk hadapi semua nie.
Dalam aku menangis, aku berpikir, ye...dalam tak sedar, walaupun aku dan si dia jauh, tapi sebenarnya, jarak yang jauh itu mendekatkan kami. Jarak yang jauh itu sebenarnya telah mengajar kami apa itu rasa cinta, apa itu rasa rindu, apa itu rasa sabar...aku percaya, setiap apa saja dugaan yang aku dan dia tempuh dalam percintaan kami, akan ada hikmah yang menunggu di hari depan kelak. Apa pun, aku harap, dia tetap kuat berdiri di sana walaupun tanpa aku di depan mata kerana aku akan tetap setia berada di dalam hati dia walau apa pun yang akan terjadi.I love u.....
bleh wt novel ni....
ReplyDeleteek?hahaha...mcmtu plak ;) klu mcmtu t nak try wat novel lah! nngggeee
ReplyDelete