Bie,
Kaulah lelaki
Kaulah lelaki
Yang berjaya mengetuk kembali pintu hati ini
Untuk merasai
Betapa indahnya
Sesuatu yang bernama CINTA
Bie,
Kesungguhanmu
Untuk memiliki diriku
Amat aku hargai
Walaupun sesekali
Naluriku takut untuk mempercayai
Segala kata-kata darimu
Kerana aku takut
Takdir tidak merestuinya
Namun Bie,
Aku masih ingat
Lafaz kata darimu
Yang mana
Kita akan bersatu
Sekiranya kita ikhlas dalam hubungan ini
Kita sering berdoa padanya dan selalu ada perasaan SAYANG
Dalam diri kita berdua... .
Dan Bie,
Pernah kau pinta padaku
Supaya aku tak meninggalkan dirimu
Sampaikan aku terfikir
Begitu hebatkah diriku
Sehingga kau pinta begitu
Walaupun aku tahu aku hanya wanita biasa
Percayalah Bie,
Aku akan terus setia pada dirimu
Dan berusaha
Agar kasih sayang ini
Akan terus utuh
Dalam diri kita
Dan padaMu Ya Allah
Aku bermohon
Sekiranya dirinya adalah tercipta buat diriku
Dan aku tercipta untuk dirinya
Maka KAU satukanlah kami
Dengan keredhaanMU
Dengan RestuMU
Dengan HidayahMU
Agar kami bahagia
Sehingga ke akhir hayat kami
Amin... ..


No comments:
Post a Comment